Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, December 9, 2014

BIG BADWOLF 2014, Serdang.


Alhamdulillah kami berjaya ke pesta buku paling besar di Malaysia.. BIG BADWOLF..
Event ni bermula 5-12 Dec 2014 bertmpat di MIECC Serdang. Kalo u olls pergi Mines Mall memang dah dekat sangat la tuu..

Misi pertama kami cuba pergi pada pukul 11 malam 6 hb....ingatkan tak ramai orang bile pergi tgh mlm...rupe2 nye kami salah percaturan...mmg la jem dari lepas tol tu hingga ke exit kiri Mines... tapi sebab princess nak jugak pergi maka kami ni gagah la jugak...tapi bila nak masuk simpang ke parking mmg tak boleh masuk...stucked! jadi kami pulang dgn hati yang hampa..

Misi kedua kami pergi hari Isnin 8hb...dalam pukul 3 ptg... Waktu kerja jalan tak sesak dan parking pun senang je..Berbunge -bunge muke anak2...


Jadi kepada yang belum pergi ke pesta buku terbesar ini boleh plan untuk ke MIECC...bermula dari 5-16 hb..... 24 hours non stop !!

Wednesday, June 6, 2012

Cara Pemakaian Hijab yang Betol

Salam tgh hari.. Ingin brkongsi artikel diambil dari yahoo..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bertudung bukan sahaja trend, malahan ianya adalah satu tuntutan kepada semua wanita Muslim agar menutup aurat. Perkembangan trend bertudung dilihat semakin berkembang dengan adanya fesyen tudung terkini dengan pelbagai warna yang lebih menawan untuk digayakan.

Selain daripada itu juga, si pemakai tudung gemar menjadikan selebriti tanah air sebagai ikon mereka dalam menggayakan tudung. Antara selebriti yang terkenal dengan gaya bertudung mereka adalah, Datuk Siti Nurhaliza, Datin Norjuma Habib, Wardina Safiyyah dan juga Yuna dimana gaya mereka menjadi ikutan sehingga kini.

Ramai yang memakai tudung tetapi pemakaiannya tidak kena dengan fesyen yang digayakan dan juga tidak mengikut tuntutan syariah dalam panduan menutup aurat.

Ikuti beberapa tips ini mengenai cara dan panduan bagi mereka yang memakai tudung:

Tudung haruslah menutupi keseluruhan rambutBagi mereka yang mengambil keputusan untuk bertudung, harus tahu garis panduan menutup aurat dengan betul, antaranya adalah pastikan anda memakai tudung dan menutup keseluruhan rambut tanpa ada sehelai rambut pun dapat dilihat. Ramai yang tidak sedar akan anak rambut yang terkeluar akibat tidak dilitupi dengan kemas, ingatlah bahawa anak rambut itu juga haram dilihat oleh lelaki bukan muhrim kita. Maka anda haruslah menutupi rambut dengan tudung penuh agar anak rambut dan juga rambut lain tidak dapat dilihat.

Pilihan tudung yang tepatJangan pilih tudung yang jarang dan dapat melihat rambut anda di dalam. Walaupun anda telah memakai tudung. Niat anda untuk menutup aurat haruslah beserta cara yang betul. Jangan disebabkan kerana mengikut peredaran zaman yang dikatakan memakai tudung adalah kerana fesyen barulah anda memilih untuk bertudung. Apabila berniat untuk menutup aurat, tudung yang dipilih juga harus kena dengan nawaitu kita. Jangan pilih tudung yang jarang dan digayakan tanpa memakai anak tudung yang betul. Anda masih dikira belum mampu menutup aurat dengan betul jika memakai tudung yang jarang.

Pakaian harus bersesuaianJangan memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan anda, kerana Islam menyarankan anda menutupi aurat dengan bertudung untuk menutupi sebahagian badan selepas memakai baju agar tidak menimbulkan fitnah bagi mereka yang melihat. Jangan memilih pakaian yang singkat sehingga menampakkan sebahagian tangan anda kerana itu merupakan aurat yang wajib dijaga semua wanita Muslim.

Pakaian yang singkat dari pinggulApabila bertudung, pemakaian juga harus dijaga, jangan memakai baju yang pendek sehingga di paras pinggang. Pastikan baju yang dipilih melebihi paras pinggul kita dan longgar. Ini kerana apabila kita memakai pakaian yang ketat dan pendek, apabila kita duduk ataupun merangkak, akan nampak sebahagian badan kita di belakang.

Pastikan tudung menutupi bahagian dada dan leherAurat yang seringkali dilupakan wanita muslim adalah menutupi sebahagian dada dan juga bahagian leher. Ramai yang tidak mengambil endah perkara sebegini sehinggakan mereka memakai tudung, namun masih boleh dilihat leher mereka kerana pemilihan tudung yang tidak sesuai. Pilih tudung yang lebih panjang untuk menutupi dada anda. Pastikan tiada belahan di bahagian leher agar tidak kelihatan kulit leher anda ketika memakai tudung.

Tidak menampakkan sanggul yang keterlaluan di atas kepalaJika benar itu adalah rambut anda, cuba elakkan membuat sanggul yang terlalu tinggi di atas kepala kerana ianya hanya akan mengundang fitnah kepada mereka yang melihat. Ikat rambut anda dan simpulkan di tengah-tengah kepala dan baluti rambut anda dengan anak tudung yang boleh menutupi semua rambut sebelum memakai tudung.

Pilih tudung yang mengikut garis panduan IslamBerikutan fesyen terkini yang kian meningkat dalam pemakaian tudung, banyak gaya tudung yang diilham dari pelbagai agama yang turut mempraktikkan penutupan rambut. Oleh yang demikian pastikan pilihan tudung anda mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.


Setelah baca, sila fahami..
Dan saranan yang baik ini boleh la di ikuti...untuk kebaikan diri sendiri juga.. :)

Wednesday, May 30, 2012

Integriti Seorang Islam

Wow!! Bace tajuk entry macam dah starting untuk tazkirah..hihih..
Saya baru balik dari dgr ceramah pedana di opis..
Di PERNEC ni, setiap bulan ade buat ceramah pedana..
Setiap minggu hari Selasa dan Khamis ade kuliah zuhur..
Setiap Rabu ade kelas untuk muslimat..
Antara sebab mengapa saya berat hati nak tukar tempat kejer lain..
Walaupun gaji dan bonus mmg la tak 'lebat' as compared to other company..dan keadaan financial Pernec pun mcm dah masuk ICU la...
Saya suke dgn environment yg penuh dgn ativiti majlis ilmu..
Moga Allah memberkati PERNEC dan staff :)

Berbalik dgn tajuk post kali ini, tadi ustaz jemputan ade berkongsi citer tntg bapak dan mommy moden zaman skrg..
Semua berharap pade gajet dan teknologi..
Mommy to be malas nak bace Quran atau tak tau bace Quran, letak je iphone, ipad atas perot..
Dengan harapan baby dlm kandungan dpt dgr dan dpt ketenangan..
Daddy pulak, boleh tak tau azan/iqamat mcm mane..
Tak hafal!!??
Sanggup call ustaz semata2 nak suruh azan/iqamat pade baby yg br lahir tuu..
ade juge yg gune ipad/iphone yg ade download azan...huuuh??
Tak salah buat mcm tuu, tapi ustaz kate........tiada personal touch dari mommy dan daddy...
Rules of karma.....................................
Nanti bile kite dah tua, nazak....
Kalo ank2 kite taruk headphone untuk bacekan yassin dan talkin, jgn salahkan mereka...
Kerana dari alam rahim lagi, kite sebagai mak bapak pun tiada inisiatif untuk tiupkan keimanan melalui rohani.....
Semua masalah boleh setel dgn duit...
Jadi silakan dgr surah yassin dan alQuran di telinga anda sewaktu anda nazak!
Nauzubillah.....takot nye....

Berusha perbaiki diri setiap hari..
Paling penting solat 5 waktu...
Time management n focusing ade dalam element solat itu sendiri...
Renung2kan dan amalkan...

Thursday, May 24, 2012

Panduan Kembara Wanita Hamil

Tips melancong bagi wanita hamil mcm saya..weeee wee...sbb Sabtu ni insyallah saya akan BERCUTI bersame bro in law & MIL....

1. Lakukan pemeriksaan kesihatan- dah cek pagi tadi di klinik.. Boo booo berat turun..HB remdah...ermmm

2. Bawa buku lawatan antenatal- semenjak saya ade kuar darah sikit 3 minggu lepas, saya sentiasa bawa buku pink ke mana saje...skrg pun slalu sakit pinggang...ouucchh bengkok rase nyer tulang belakang nie..

3. Bekalan Ubat- perlu bawa ubat n pils n vitamins...bawa byk2, makan ke? ...kuikukui...

4. Keperluan bayi@ beg baby- hmm disebabkan saya dah slalu sakit pinggang lately n perot sentiase mengeras harus kot standby beg nie..

5. Banyakkan minum air- mmg digalakkan minum air mineral..kalo kat rumah , my Suami slalu je sound " Yang minum air...bibir kering tuu"...kene paksa gak la untuk minum air nie..

6. Banyakkan bergerak- bagus buat senaman sbb boleh merenggangkan sengal otot dan kekejangan..

7. Kanal pasti transportation- ig naik flight myb saya tak lepas...tapi saya naik kenderaan darat saje...yippie!

8. Jaga Kulit- Pakai krim SPF tinggi melindungi kulit dari sinaran UV/ matahari.

9. Pakaian- pilih la pakaian yg sesuai dgn bentok badan dan juga cuaca.. Kain cotton mmg best...


Comel kan baby ni...