Showing posts with label Spiritual. Show all posts
Showing posts with label Spiritual. Show all posts

Tuesday, September 2, 2014

....Motivasi diri sendiri...


Gambar di atas adalah gambar my lovely brother..the only lil brother that I have...
It was last year.... He's finally found the jantung hati...Welcome to the family Dzulaikha...

Ade banyak luahan nak citer tapi terlampau banyak sgt sampai susun atur cerita tuu bersepah..
Tapi pagi tadi terbaca blog my SIL DZULAIKHA , memang aku nangis!!

Cant remember bilakah adik ku ini membesar?
Bilakah adik ku ini menjadi matang?
Bilakah adik ku ini bertanggungjawab?

Soon he will be a father...


Yes I admit, he has changed a lot... waktu turning point tuu Im not sure...Tapi alhamdulillah, rezeki ....

Benar ucapan Dzulaikha, segalanya telah diaturkan oleh Allah...
Percaturan Dia itu Maha Hebat dan kita tak tahu ape yang Dia bagi adalah terbaik untuk kita..
Cuma kekadang bila kita diuji, kita lemah dan mudah mengaku kalah...
Moga aku terus kuat dan bertabah (mmg akan slalu guna word ni sbb teringat kawan lama Ardilawani)...
Anak2 sentiasa berada di dpn mata bila aku longlai dan lesu...

Ya skarang aku berada di bawah.....dan sedang mengatur langkah dan semangat agar aku tak selamanya berada di bawah....

TQ ibu kerana sentiasa mendoakan anak mu ini...

Wednesday, June 6, 2012

Cara Pemakaian Hijab yang Betol

Salam tgh hari.. Ingin brkongsi artikel diambil dari yahoo..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bertudung bukan sahaja trend, malahan ianya adalah satu tuntutan kepada semua wanita Muslim agar menutup aurat. Perkembangan trend bertudung dilihat semakin berkembang dengan adanya fesyen tudung terkini dengan pelbagai warna yang lebih menawan untuk digayakan.

Selain daripada itu juga, si pemakai tudung gemar menjadikan selebriti tanah air sebagai ikon mereka dalam menggayakan tudung. Antara selebriti yang terkenal dengan gaya bertudung mereka adalah, Datuk Siti Nurhaliza, Datin Norjuma Habib, Wardina Safiyyah dan juga Yuna dimana gaya mereka menjadi ikutan sehingga kini.

Ramai yang memakai tudung tetapi pemakaiannya tidak kena dengan fesyen yang digayakan dan juga tidak mengikut tuntutan syariah dalam panduan menutup aurat.

Ikuti beberapa tips ini mengenai cara dan panduan bagi mereka yang memakai tudung:

Tudung haruslah menutupi keseluruhan rambutBagi mereka yang mengambil keputusan untuk bertudung, harus tahu garis panduan menutup aurat dengan betul, antaranya adalah pastikan anda memakai tudung dan menutup keseluruhan rambut tanpa ada sehelai rambut pun dapat dilihat. Ramai yang tidak sedar akan anak rambut yang terkeluar akibat tidak dilitupi dengan kemas, ingatlah bahawa anak rambut itu juga haram dilihat oleh lelaki bukan muhrim kita. Maka anda haruslah menutupi rambut dengan tudung penuh agar anak rambut dan juga rambut lain tidak dapat dilihat.

Pilihan tudung yang tepatJangan pilih tudung yang jarang dan dapat melihat rambut anda di dalam. Walaupun anda telah memakai tudung. Niat anda untuk menutup aurat haruslah beserta cara yang betul. Jangan disebabkan kerana mengikut peredaran zaman yang dikatakan memakai tudung adalah kerana fesyen barulah anda memilih untuk bertudung. Apabila berniat untuk menutup aurat, tudung yang dipilih juga harus kena dengan nawaitu kita. Jangan pilih tudung yang jarang dan digayakan tanpa memakai anak tudung yang betul. Anda masih dikira belum mampu menutup aurat dengan betul jika memakai tudung yang jarang.

Pakaian harus bersesuaianJangan memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan anda, kerana Islam menyarankan anda menutupi aurat dengan bertudung untuk menutupi sebahagian badan selepas memakai baju agar tidak menimbulkan fitnah bagi mereka yang melihat. Jangan memilih pakaian yang singkat sehingga menampakkan sebahagian tangan anda kerana itu merupakan aurat yang wajib dijaga semua wanita Muslim.

Pakaian yang singkat dari pinggulApabila bertudung, pemakaian juga harus dijaga, jangan memakai baju yang pendek sehingga di paras pinggang. Pastikan baju yang dipilih melebihi paras pinggul kita dan longgar. Ini kerana apabila kita memakai pakaian yang ketat dan pendek, apabila kita duduk ataupun merangkak, akan nampak sebahagian badan kita di belakang.

Pastikan tudung menutupi bahagian dada dan leherAurat yang seringkali dilupakan wanita muslim adalah menutupi sebahagian dada dan juga bahagian leher. Ramai yang tidak mengambil endah perkara sebegini sehinggakan mereka memakai tudung, namun masih boleh dilihat leher mereka kerana pemilihan tudung yang tidak sesuai. Pilih tudung yang lebih panjang untuk menutupi dada anda. Pastikan tiada belahan di bahagian leher agar tidak kelihatan kulit leher anda ketika memakai tudung.

Tidak menampakkan sanggul yang keterlaluan di atas kepalaJika benar itu adalah rambut anda, cuba elakkan membuat sanggul yang terlalu tinggi di atas kepala kerana ianya hanya akan mengundang fitnah kepada mereka yang melihat. Ikat rambut anda dan simpulkan di tengah-tengah kepala dan baluti rambut anda dengan anak tudung yang boleh menutupi semua rambut sebelum memakai tudung.

Pilih tudung yang mengikut garis panduan IslamBerikutan fesyen terkini yang kian meningkat dalam pemakaian tudung, banyak gaya tudung yang diilham dari pelbagai agama yang turut mempraktikkan penutupan rambut. Oleh yang demikian pastikan pilihan tudung anda mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.


Setelah baca, sila fahami..
Dan saranan yang baik ini boleh la di ikuti...untuk kebaikan diri sendiri juga.. :)

Wednesday, May 30, 2012

Integriti Seorang Islam

Wow!! Bace tajuk entry macam dah starting untuk tazkirah..hihih..
Saya baru balik dari dgr ceramah pedana di opis..
Di PERNEC ni, setiap bulan ade buat ceramah pedana..
Setiap minggu hari Selasa dan Khamis ade kuliah zuhur..
Setiap Rabu ade kelas untuk muslimat..
Antara sebab mengapa saya berat hati nak tukar tempat kejer lain..
Walaupun gaji dan bonus mmg la tak 'lebat' as compared to other company..dan keadaan financial Pernec pun mcm dah masuk ICU la...
Saya suke dgn environment yg penuh dgn ativiti majlis ilmu..
Moga Allah memberkati PERNEC dan staff :)

Berbalik dgn tajuk post kali ini, tadi ustaz jemputan ade berkongsi citer tntg bapak dan mommy moden zaman skrg..
Semua berharap pade gajet dan teknologi..
Mommy to be malas nak bace Quran atau tak tau bace Quran, letak je iphone, ipad atas perot..
Dengan harapan baby dlm kandungan dpt dgr dan dpt ketenangan..
Daddy pulak, boleh tak tau azan/iqamat mcm mane..
Tak hafal!!??
Sanggup call ustaz semata2 nak suruh azan/iqamat pade baby yg br lahir tuu..
ade juge yg gune ipad/iphone yg ade download azan...huuuh??
Tak salah buat mcm tuu, tapi ustaz kate........tiada personal touch dari mommy dan daddy...
Rules of karma.....................................
Nanti bile kite dah tua, nazak....
Kalo ank2 kite taruk headphone untuk bacekan yassin dan talkin, jgn salahkan mereka...
Kerana dari alam rahim lagi, kite sebagai mak bapak pun tiada inisiatif untuk tiupkan keimanan melalui rohani.....
Semua masalah boleh setel dgn duit...
Jadi silakan dgr surah yassin dan alQuran di telinga anda sewaktu anda nazak!
Nauzubillah.....takot nye....

Berusha perbaiki diri setiap hari..
Paling penting solat 5 waktu...
Time management n focusing ade dalam element solat itu sendiri...
Renung2kan dan amalkan...